Darah Manis

My photo
Tapah, Perak, Malaysia
Food always come first #DaraManis
get this widget here

Saturday, January 7, 2017

Seni Bidadara Pizza Kuantan

Hello mello , masih belum terlambat kan untuk i wish Happy New 2017 Years kan setelah 7 hari baru rajin nak menulis kah ! .. Maaflah , i bizi sikit la :P

Ok seperti yang tajuk yang tertulis , di petang Jumaat yang mulia semalam , i telah memergi memakan di Pizza Seni Bidadara berdekatan Sk Cenderawasih Kuantan dengan Dak Aa !! Dah lama sebenarnya aim nak makan sini , tapi tula aim hanya tinggal aim .. Mujur semalam lepas craving ..

At first , pergi hari Rabu lah konon sebab Selasa tak free + hujan .. Rupanya rabu dia TUTUP .. Hampeh !! Nasib dah makan ayam butter kat Aiyu Kitchen kalau tak i bunuh semua orang that time hahhahaha ..

Khamis pulak , i kelas komersial so dia punya penat tu pun sama macam nak bunuh orang sekali laagi so postponed la kepada hari Jumaat yang mulia .. Di hari jumaat petang after meeting Mpp ( yang sampai pukul 5 lebih dengan pelbagai agenda itu ) i terus memergi ke Seni Bidadara .. Dari poli bukan jauh pun , dalam 20 minit sampaila ..

At first i teruja la kan , tapi perlahan lahan mood i terus down .. Kahkah , the ambience nice taapi slack sebab tadek tempat duduk proper  .. Pulak tu semalam its gloomy and rainy day .. Tempat ni adalah sejenis tempat open space yang sesuai time hari yang redup dan dan berangin for sure ..

Mcm semalam , menggagau la jugak aku cari tempat duduk lain sebab hujan kejap kejap turun .. Kahkah .. Tadelah isu apa pun senanya sebab tempat dia mcm hipstur + bukak lunch hour sampai pukul 7 je .. So , teori dia lunch hour tak hujan la kut ?  Peace !!

Nak order pizza kena panjat bukit skit , nanti dah order dia hantar .. Nak order air kena turun bukit and pakai pulak sistem numbering ( which is orang ambik order tu akan panggil nombor korang bila air dah siap .. ) Ada eskem , milk shake dan pelbagai laagi air sedap .. I order air liquid love dengan blue ice tak silap , harga mampu milik pastinya .. Presentation pon cantik !!

Pizza sekeping ada 8 slice katanya  , so semalam i dengan Aa ambik 2 keping pizza saiz L bertajuk pizza Seafood dengan pizza ayam+daging .. Signature diorang ? Pizza daging salai dengan ayam spesial .. Katanya lagi pizza sini dibakar dengan arang u'olsss ..Fuhh fuhh !! So in total ada 16 slice la kan , sengkak ok nak habiskan .. 3 keping Aa kena bawak balik sebab memang kenyang la pulak .. Hahaha

Aa tanya out of 5 i nak bagi berapa ? i jawab 3 je sebab i rasa kalau laagi banyak tempat duduk yng proper baru boleh i up skek rating .. Ecewah perangai kau kan .. For me , pizza sini sesuai la kalau nak take away * atau kau datang la hari yang tak hujan dan redup baru chill nak lepak .. Apapun , i suka je lepak situ sebab pizza dia murahlazoh la jugak kan .. ( harap harap next visit diorang laagi dah upgrade jadi kebabom manatau .. Yeahhh !! )





Yang Pergi Makan
Atynaz

Disclaimer :  Ditegaskan bahawa ini bukan review atau ulasan ok ! Sekadar pendapat i yang mungkin tak sama dengan pendapat orang lain .. Terima kasih kerana memahami dan sila jangan argue .. Lain padang lain belalang , lain orang lain la pandang gituu .. K byee

No comments:

Post a Comment