Darah Manis

My photo
Tapah, Perak, Malaysia
Food always come first #DaraManis
get this widget here

Saturday, June 18, 2016

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Dilaila

Hello mello , alkisahnya dari batch pertama lagi i dah folloq ! Kan tu hari sempat singgah Mma Santai Corner tapi sebab kelabu mata dengan Mee udang plus asam pedas telur mayong Kak Laila , terus lupa nak tanya pasal tempoyakni !! Ciss , ngences xD

So akhirnya , dapat jugak merasa ( walaupun tak makan petai kihkih ) !! Gigih memergi ke Putrajaya ok !! Meh nak story mory amende tu #StibpD

Sebelum tu belanja sikit gambar Kak Laila dengan #STIBP itu ! Perghh !! Meleleh ailio awakk :P
* Cantikkan kak Laila ? Berseri gitu ..


Kau nampak ? Apa bahan Kak Laila guna ? Jadi jangan tanya kenapa mahal , kenapa itu kenapa ini :P



 Testimoni 
( Credit to Ejen Dilaila Food )
 
 * Nampak > Che mat Gebu Tiffin biru dah bagi mandat !! Acaner ? Tanak ke beli ? Tak terliur ?? Haaaa ..

Detail sambal tempoyak petai :

Diperbuat dari tempoyak yang diadun bersama dengan petai dan ikan bilis .
Berat sekitar +- 200 gram
Tahan sekitar seminggu luaq freezer
Dalam freezee tahan 3 bulan
Harga : Boleh pm/dm i ( atau ejen ejen lain )


Berita baik untuk orang Kuantan , sambal ni dah sampai Kuantan ok heheh ! I sekarang official ejen untuk Sambal ni .. Khas untuk orang Kuantan wei ..

BolehPm/dm  je , nanti kita kira belakang caner caner kemudian ya !! Jangan segan segan i tak makan orang tau xD

Facebook : Amir Taufiq
Ig : Ir_wildan

P/s Stock sangat terhad

Yang Meniaga
Atynaz



First ride dengan Uber di Putrajaya

Hello mello , fuh fuh ! Haha amende ek Teksi Uber tu ?

*Credit : http://pemanduuber.blogspot.my/

 Uber adalah satu App yang boleh didapati di platform IOS ataupun Android. Konsep Uber adalah seperti Teksi in Malaysia.

Uber berfungsi sebagai perantara dengan "Rider" dan "Driver" , dimana Rider adalah penumpang dan Driver adalah Pemandu untuk pergi ke satu destinasi.

Penumpang perlulah mengisikan infomasi kad kredit mereka ke dalam aplikasi Uber di mana bayaran akan di tolak secara automatik dari kad kredit pengguna sebelum meminta servis dari Pemandu Uber. Pemandu hanyalah perlu mengambil Penumpang dari lokasi terdekat kepada lokasi yang hendak dituju.

Selepas menaiki Uber, Pemandu dan Penumpang boleh memberi markah sepada sesama sendiri. Mendapat markah yang lemah berpanjangan akan menyebabkan seseorang dari diharamkan untuk mengunakan Uber sama sekali.

Uber boleh dijadikan dijadikan pendapatan utama ataupun sampingan.

Bandar-Bandar yang mempunyai perkhidmatan Uber

Buat masa ini, hanya Lembah Kelang, Johor Bahru, Penang dan Ipoh mempunyai perkhidmatan Uber. Oleh itu, hanyalah bandar yang berikut mempunyai pemandu Uber.



Fuh kemain kan ? Alkisahnya kelmarin i dah terfikir nak ke Putrajaya sebab nak jenguk Nenek and ambik stock tempoyak ikan bilik petai Dilaila ( i ejen Kuantan ok ) .. Dari Perak ke Putrajaya memang smoth ! Tapi nak kerumah Auntie Arie tu yang masalah sikit .. Hahha !!

So open la Maps , option yang ado ? bas dengan teksi ..Tertiba nampak ada Uber .. Waa mcm best ,tapi berbelah bahagi jugak nak daftar sebab katanya kena bayar pakai  credit/debit card .. Mana ada tu semua .. t_t

So marila mengGoogle mengenai Uber , wehsy bulih la bayaq cash !! Senang kerja camni ..  Klik sana klik sini , maka terdaftar la i sebagai pengguna Uber .. Wehsy neves ok !! hehehe ..

Paling best , Uber menyediakan app untuk korang kira fare .. Macam i , dari Putrajaya sentral ke Presint xx around 6-8 ringgit sahaja ..Jenis kenderaan , ada Uber X , Xl ( beza dia jenis kereta dan depends on korang la kan berapa ramai manusia nak angkut )

Sampai ja Putrajaya central , terus search nearest Uberian ( driver sudah ) yang terdekat .. Tak sampai 5 minit beliau call i .. Bapak laju servis , dahla driver ramah ( abaikan i yang tak banyak mulut , eh bukan korang nampak :P ) .. Paling tak boleh blah , naik Vios ok !! Hahaha , pasni boleh la berlagak balik kampung naik Uber ..

Rating Uber : 5/5 bintang

 Lambang rasmi Uber !

 Halaman dalam Uber !

 Proof ! First ride ok xD

Haa ni cara guna Uber ! 

1. Daftar masuk Uber  ( sekali sahaja )
  1. Akftikan location ( Hanya merangkumi kawasan tertentu sahaja #sedih haha )
  2. Set pickup location
  3. Confirm pickup location
  4. Tunggu pemandu Uber yg terdekat respond ( call/sms)
  5. Ride
  6. Sampai destinasi tujuan :P 
* Bawah ni contoh Uber Kl sentral  .. Wawa senangnya jadi orang yg dekat dengan Uber


Yang berjimba
Atynaz

Friday, June 10, 2016

Cod dengan Zalora

Hello mello , alkisahnya Isnin 30/5 tu hari i telah membuat pembelian pertama dengan Zalora ! Sebab musabab utamanya adalah kerana ianya Cash On Delivery ! Maaflah i tak ada online banking , apatah lagi nak pegi bank !! Gila malas .. Hahahah ..

Stalk la website Zalora , terbekenan pulak dengan sehelai Men colour blocked long line cardigan warna Navy blue .. Klik sana klik sini semudah Abc and pastikan Zalora dan item tu cover area i .. Klik purchase .. Senangkan ? Ada diskaun 20% lagi tapi i tak guna pun .. Sebab ? Entah la pulak ..

So dapat email on 31/5 esoknya yang mengkomfirmkan purchase order ! Sekali la dengan bagi no tracking etc .. Maka marilah menunggu !! Disini cerita tak berapa indah bermula .. Mengikut estimated time barang akan sampai dalam 3/6 ..Lagipun kalau ikut polisi Zalora :

Delivered in
1-3 business days Klang Valley, Johor, Penang; 
1-4 business days rest of peninsular Malaysia;
 3-5 business days Sabah, Sarawak, Brunei
 
Check delivery estimate 
- key in kan postocode
 
* copy detail dari Zalora

Tunggu punya tunggu tak la sampai !! Mendidih ok , i ni dah mcm apa tertunggu tunggu Gdex itu ..
( pakai Gdex la ) Tak perasaan pulak kalau ada option penghantaran lain untuk Cod .. Pfft !!

Dahla bila i trace dengan Zalora number tracking tak detect .. Kau rasa ? Sampaila pagi Rabu 8/6 tu , i baru terperasan apesalah i tak pegi trace dekat Gdex punya system .. Eiii bengong la i ni !! Terus key in number tracking kat Gdex pulak .. Rupanya barang dah sampai 1/6 ok !! Membara lagi .. Hahhahaha..

Terus watsap Uncle Ly dan tanya apa berlaku sebab beliau pernah bekerja di Gdex .. Rupanya barang i diperam .. Hahahaha , petang tu terus la pergi ambik kalau tunggu dia hantar , mungkin hujung bulan baru dapat pakai cardigan itu .. Haih ..

Sesampai kat Gdex , baru i paham kenapaaaaa barang i boleh kena peram .. Sistem susun barang failed .. Hahaha !! Bersepah sepah , nasib la Akak konter tu berbudi bahasa sikit dan i paham dia letih ini bulan puasa .. Finally dapat jugak barangnya setelah berkurun tunggu .. Ciss ..

Balik rumah , bukak and try cardigan tu .. Oh ya , disertakan sekali borang kalau korang nak return barang etc .. ( rujuk la terms and condition kat Zalora ya )

Barang so far bagus , tak delah teruk sangat Zalora ni .. Sebab sebelum membeli belah denganZalora , i dah google review orang lain .. Mostly kata teruksss ..

Hahaha , dalam situasi i ni .. I tatau la nak salahkan sapa .. Sama ada i yang bengong sebab tak perasaan ada 2 sistem tracking ataupun servis Gdex yang terukkkk ..

Zalora ? Terlepas sebab dah buat kerja dengan cermat dan tak tipu.. Will repeat shopping again , tapi suruh Gdex tu baiki system dulu pfft !!

Kesimpulannya ? I tatau la ni Cod atau selfpickup .. Hahaha k byeee ..

P/s Hoi nak raya ni , dahla bebarang kat Zalora itu tempting .. Ala , duit mana duittt .. Grr !!


Yang membeli tak belah belah
Atynaz

Thursday, June 9, 2016

Bersungkai di Shell Out Tr Tomyam House Slim River

Hello mello , fuhh kemain pemalas ek nak menaip ! Entry wish puasa pun tak udpate .. Hahah , caner ? I memang malasss !! Bulan puasa kena jujur lah kan

* Entry super panjang ! Haha

Alkisahnya , i kelmarin mcm beser terjah blog Ben Ashaari yang seakan akan portal ke blog blog lain tu hehehe tak caya tengok sidebar kanan blog beliau xD .. Sekali ternampak pulak Blogger Nazlee.com update pasal beliau memakan Shell out dekat Slim River .. Hoih , Slim river tu dekat je dekat i tu dalam 45 minit la jugak hahah.. Kena pegi ni ! Hahahah ..

Gigih ok ss dekat watsap family ! Apak pun setuju je kalau tak setuju kena jugak setujuuuuuu !! .. Maka pagi semalam , Apak call la booking ! I ni bukan boleh , pernah terjadi nak bershell out .. Mummy call booking , ok booked katanya .. Pegi pegi = Nan hado ! Terus fobia , dahla kalini nak bukak puasa .. Karang sesampai makan asap je ..Hee !!

Pagi tu lagi i ingatkan call semula dabel check booking takut petang satgi melopong .. Bebulan puasa ni semua restoran sibuk kan .. Apak selamba cakap , kalau ada adalah , kalau tak de makan je Kfc Slim River itu .. Okk , kita tengokkkkk ye Apak ..

Seperti yang dijangka sampai-sampai bgtau tempahan atas nama sapa cari cari dan >> TAK ADE BOOKING meja ya katanya .. Hahahahahha , terus i jeling Apak .. Hello , karang ada i merempan tak tentu hala kat sini kang .. I dah kata , sila buat double conformation kalau nama nak booking makanan unless la anak ongkaya .. Tetiba !! Hahah

Pastu ada staff kut , tegur and tanya semula ada buat booking idak , Apak tunjuk la bukti sms etc .. Naseb baik beliau boleh setupkan satu meja , dan nasib baik Apak ada bukti menempah .. Kalau tidak ...

Servis agak laju , bagus , dalam 10 minit kitorang duduk semua dah ada atas meja makan .. Kebersihan pun just nice , Food spread , the seafood items tu just fitted with kitorang berenam .. Kuah dia , Apak suka .. I rasa mcm gabungan kari+tomyam .. Kalau pedas sikit lagi .. Ngam !!

Staff ? Bolehlah .. Maybe puasa kan , tak terlalu kerek , tak terlalu baik .. ( Tak semua la kan haha )
Kesegaran makanan ? Mummy tak pulak komen apa-apa and pada i boleh tahan la.. Hahaha .. Meh nak lanje gambar , penat membebel tau !!



Tempting tak ? haha ! Jom shell out ( maaf x rajin la ambik gambar , lapar time ni )

Harga ?  Since kitorang ambek pakej dibawah :

6pax/6person = RM120 + Air ( Rm 125++ )
*Ketam Bunga
*Udang
*Sotong
*Lala
*Jagung
*LohOut (Sos Istimewa)
*Free Nasi

Overall i boleh kasi 7/10 bintang ..Kalau nak repeat ? Orang belanja ,makan !! Haha

Food spread :
*kredit to : NazleeDotCom 
 

Menu Seafood TR Tomyam & Traitor Crab Restaurant

1- King Crab (Alaskan) RM30/100G
*Masak Butter
*Masak Pedas
*Masak Cili Kering
*Steam LohOut (Sos Istimewa)

2- Canadian Lobster RM29/100G
*Masak Butter
*Masak Pedas
*Masak Cili Kering
*Steam LohOut (Sos Istimewa)

3- Slipper Lobster RM20/1pcs
*Masak Butter
*Masak Pedas
*Masak Cili Kering
*Steam LohOut (Sos Istimewa)

4- Flower Crab RM13-30/1pcs
*Masak Butter
*Masak Pedas
*Masak Cili Kering
*Steam LohOut (Sos Istimewa)

Menu Shellout TR Tomyam & Traitor Crab Restaurant

6pax/6person = RM120
*Ketam Bunga
*Udang
*Sotong
*Lala
*Jagung
*LohOut (Sos Istimewa)
*Free Nasi

4pax/4person = RM75
*Ketam Bunga
*Udang
*Sotong
*Lala
*Jagung
*LohOut (Sos Istimewa)
*Free Nasi

2pax/2person = RM45
*Ketam Bunga
*Udang
*Sotong
*Lala
*Jagung
*LohOut (Sos Istimewa)
*Free Nasi


Lokasi :
PT7090 Jalan Mahsuri
Taman Perwira 2
35800 Slim River Perak.

Waze : TR Tomyam House Slim River

Keluar tol Slim River , sila belok kiri dan cari Kfc , masuk kanan dan parking ! Pastu makan ..

Waktu operasi biasa :
10.30am-2.30pm Buffet lunch
4pm-12am
Ala carte shellout
Ala carte Melayu Pattani
Ala carte Western

Waktu operasi bulan Ramadhan :
5.00pm-12.00am

Disarankan anda BOOKING meja dahulu sebelum anda datang dalam jumlah pax ramai, selalunya memang penuh terutama hari malam Jumaat, Sabtu dan Ahad

P/s Punya la malas nak kopi detail , nasib baik Bro Nazlee ada .. Halal ye Bro :D

Yang bersungkai
Atynaz