Sunday, September 27, 2015

Al fatihah Abah @ Embah Lanang

Aku tak tahulah nak mula cerita dari mana , rasa macam benda ni semua mimpi walaupun hakikatnya benda ni realiti .. Embah Lanang @ Abah kepada Apak dah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat lepas bersamaan 25/9/15 bersamaan 11 Zulhijah 1436 Hijrah akibat kemalangan bertembung dengan sebuah Hilux di simpang rumah kami di kampung .. bawah ni aku sertakan link dari surat khabar Sinar Harian semalam ..



Pagi Jumaat tu , aku sekeluarga dah pun bergerak balik ke Temoh sebab kitorang beraya Haji di Kuantan dulu .. Perjalanan mcm biasalah .. ada few times kitorang stop ke tandas , jumpa M.ngah  and lunch .. 

Lepastu aku telefon Nenek , acah-acah mcm aku ni tak balik , Nenek dah risau , hahahha .. Comel je kan Nenek ni .. Ermm , then sampai Sungkai Nenek pulak telefon balik .. Aku mati mati ingat yang Nenek nak tanya kitorang dah sampai mana .. Rupanya , nak mengakhabarkan yang Embah Lanang aku jatuh .. 

Apak dah cuak lepastu start bawak kereta perlahan je , aku lagilah tapi aku rileks sebab Arwah pernah jatuh depan simpang nak masuk tu dan tak delah cedera yang teruk .. Drive punya drive sampai Tapah , Aunty Arie call .. " Perlahan lahan ya , Abah dah tak ada" .. Masatu , aku dah rasa mcm , Aunty ni tipu kan , apa main main mcm ni ... Aku ni balik nak jumpa Embah Lanang .. air mata dah macam empangan dah  t_t

Aku still tak percaya , sampai depan simpang rumah .. Ramai orang dah berkumpul .. Apak mcm terberhenti dekat simpang masuk rumah .. Aku capai selipar terus lari .. Nak kejutkan Arwah .. Dia tidur aje tu kan .. Tak lama pun aku dekat situ sebab nanti depa takut aku merempan kut , terus kena suruh balik rumah , lari balik rumah cari Nenek .. Tuhan ajelah yang tahu rasa nya masa tu .. macamkan mimpi .. semuanya sekelip mata ..

Then ikut P.jang aku pegi hospital ,  lepas Maghrib settle segala urusan di sepital .. Jenazah dibawak balik ke rumah sebab Aunty Fifa dgn P.lang aku tak sampai lagi dari Kl .. Rasa mcm dada ni sakit sangat masatu .. Sedihnya Tuhan aje yang tahu ..

Ramai orang melawat , Arwah kan masatu mukanya senyum aje bersih tak ada sebarang luka kecuali sikit dekat kepala dan kaki  .. Pulak tu masing masing yg datang semua kata , Arwah tak banyak salah .. Dia rajin seloroh seloroh , gurau gurau ..

Esoknya pukul 8 lebih dah dimandikan .. Aku , cousin , menantu dan anak sedara arwah yang pangku Arwah masa dimandikan .. Then kapankan apa semua ..Solat jenazah dekat rumah then sekali lagi solat jenazah dekat masjid pulak sebelum kebumi .. Dalam 10 lebih arwah selamat dikebumi ..

Alhamdulillah , segala urusan Arwah Allah permudahkan , cara meninggalnya senang  dan urusannya pun cepat aje .. Lancar kata orang .. Apapun kita yang hidup ni kena redha la dengan ketentuanNya kerana kematian itu adalah pasti kan .. Al Fatihah untuk Abah :(


P/s :
Terima kasih kepada yang dah Ws aku tanya khabar apa semua , kat Kampung tu tak de line.. Maaflah tak daya nak membalasnya .. Terima kasih sekali lagi ..




 

No comments:

Post a Comment