Tuesday, April 28, 2015

Ulasan novel Jangan Biar Dia Masuk .


Hello mello , kemain kan gambar nak efek kabur kabur je .. Eh , haruslah nama pun marketing kan .. kang kalau i letak gambar awal awal karang , tak seronok pulak .. Untuk pengetahuan korang korang semua , JBDM ni adalah novel seram terlaris sepanjang Pesta Buku 2015 ni ..

Tak caya jenguk fb Karangkraf , perghh macam pisang goreng panas ke sotong celup tepung kat Teganu eh emm dap dap heeheh , letak je habis .. ni pun nasib i pegi tu hari ada rezeki kalau tak aku nangis gila gila jugak .. haha



Ok sebelum i menceceh yang entah apa apa , mari kita pergi ke cerita sebenar benar harini , ( read : lekas baca tajuk semula  hahah ) alang alang terajin menulis tu kan .. ulas la sikit banyak !!

Secara kasarnya , JBDM ni adalah kisah mengenai 3 bersaudara yang terdiri daripada Ambarningsih , Ambarsari juga Ambarwati berbintikan Andika  beribukan Anje dan Lanang sebagai mangsa cinta  .. masing masing ada kelebihan dan kekurangan ..

Watak watak lain dalam JBDM ni ada Maya , Defi , Suraya , Rafidah dan sorang lagi nama kawan depa , Nek Sirih , Mak Hanum , Pak Lutffi , Cik Salmah , Hariz dan bla-2 lupa ingatan kejap hahahah  ..

Korang akan bermula dari Kampung Terang Bulan di Indonesia dan berakhir dengan Panggung Sari Istana Budaya !! perlahan lahan penulis bijak mengatur tulis , serius i baca buku ni memalam .. tergiang ngiang bunyi gamelan okeyh .. cheese , hahahah

Sebenarnya jujur i katakan , buku ni just nice .. banyak benda yang menjadi persoalan yang tersimpul rapi dalam kepala i ni .. serius weyh ,  macam terbau bau akan ada sambungan je di masa akan datang kan  baik Bang Nuar sambung kalau takkkkk saya boikot :P  ..

Keseluruhan novel ni adalah berkisar mengenai amalan amalan karut zaman dahulu ,  kesenian Jawa , dendam angkara syaitan , sengeta adik beradik , cinta tidak terbalas , kasih sahabat , fuyoo macam macam kejutan ada kut .. lekas pegi beli and baca .. btw sebelum baca sila "dindingkan" diri anda , bak kata penulis JANGAN BIAR DIA MASUK .. awww hahah  ..
 
Kesimpulannya , i bagi 9/10 bintang untuk Jangan Bagi Dia Masuk .. clap clapp yeay

Welfie bersama penulis JBDM - Encik Anuar Darwisy yang tinggi , putih melepak tu kan

P/s : Kala Senja Dia Datang juga ditulis oleh beliau .. :D

Wajah asli Jangan Biarkan Dia Masuk

Yang Sibuk Sibuk Nak Mengulas
Atynaz

Nota kaki : Untuk pengetahuan korang , Abang Nuar kita dah sambung Jbdm ni takut kena boikot la tu kan gagaga ..  And Jbdm ii dah ada di pasaran dengan cerita leebbbbih menarik lagi .. Lekas pergi cari sambungan Jbdmi  k ? I tak ingat i ada review ke tidak yang novel Jbdm ii .. Hahha dasar :P K byee

1 comment:

  1. salam. yup novel a.darwisy best. saya pon ada novel kala senja dia datang, JDBM 1 & 2, dan juga novel projek seram lombong-tanah rizab jin. saya suka gaya penulisan anuar darwisy. best! :)

    ReplyDelete