Tuesday, November 25, 2014

Review novel "KALA SENJA DIA DATANG"

Review Margasatwa

Hello mello , lepas review novel Margasatwa berkurun lamanya , i adalah sedikit terajin nak buat review pasal novel seram Kala Senja Dia Datang ..

Untuk pengetahuan korang , novel ini ditulis oleh 3 orang penulis .. Cerita pertama ditulis oleh Sedara A.Darwisy , cerita kedua ditulis oleh Sedara Saidee Nor Azam yang juga penulis novel Margasatwa dan cerita terakhir ditulis Sedara Zaifuzaman Ahmad ..

Secara kasarnya buku ni menggabungkan tiga penulis hebat dalam sebuah novel dengan satu jalan cerita yang saling berkait dan bersulam ke-syaitanan gitchuu !

"Anak mak cik tiba tiba ghaib ! Tolong mak cik, nak!" (Kala Senja Dia Datang)

"Barang milik orang jangan kita ganggu!"(Marina)

"Wajahnya tidak kelihatan tapi bau bauan sering menguasai teksinya!" (Penumpang Malam)

Untuk pengetahuan korang i pun sebenarnya tak sangka novel ni ada 3 bahagian berbeza tapi saling berkait .. Miahahaha sengalkan i , ok ok tak kelakar , jom sambung cerita!

Bahagian pertama (Kala Senja Dia Datang)

Sebagai permulaan kita akan diperkenalkan dengan watak Ratna pengikut syaitan dan beberapa orang kampung yang cuba nak bunuh Ratna ni ! Setiap kali senja tiba , Ratna akan berubah menjadi makhluk kejam called Geuntut !! So apakah kesudahan kisah hidup Ratna ni ? Itu korang kena baca sebab takkan i pulak kena cerita .. Haha ..

Itu kisah zaman silam ! Cerita seterusnya beralih pula pada kehidupan Azman dan keluarga kecilnya! Setiap kali senja menjelang,Azman akan dihantui kisah silam dan anak-anaknya pula kini diganggu !

Soalnya,siapa Azman dan perkaitan dia sekeluarga dengan Geuntut .. Siapa pulak Bunga , Teguh ,Wali Sagor dan Mustafa .. G pegi baca sendiri , tapi kalau nak i cerita upah kena kental la :P

Bahagian Kedua (Marina)

Kesinambungan kepada KSDD , kasarnya Marina ni adalah pelajar kepada Azman .. Tapi,untuk bahagian kedua ni,korang akan dibawa masuk bukan dalam cerita hantu belaan , tapi roh tak aman .. Marina yang sering keseorangan , Ashikin yang menjauh dan Aliah yang misteri ..

Semuanya hanya kerana seutas gelang kaki dan kesepian yang terkadang membuat manusia lupa diri dan terus hanyut ..I simpati pada Marina .. Ermm kadang-kadang Marina nampak apa yang orang lain tak nampak .. Ending up , Marina bahagia atau tidak , punnn kau kena baca sendiri .. Hahaha !!

Bahagian Ketiga (Penumpang Malam)

Kisah Abang Majid yang manjang kesempitan hidup sampaila terpaksa kerja sambilan jadi driver taksi .. Then , Abang Majid ni la yang tenangkan Azman masa dia kelam kabut pasal Geuntut and si Marina tu pulak muncul sebagai penumpang setia teksi Abang Majid n i ..

Btw,Abang Majid ni selalu terbau haruman lavender walhal memang tadek orang dalam teksi tu..and Marina pulak selalu perasan ada penumpang tak diundang ..

Rupanya , ada jugak roh yang tak aman. .. Tapi siapa ??? Lagi mau tanya , pegi beli pastu baca untuk tahu kesudahan ketiga-tiga cerita ni .. Dijamin meremangkan gitchu :P

Yang pasti sesungguhnya syaitan takkan pernah berhenti mempengaruhi anak-anak Adam dan hawa nafsu usah dibiar merajai hati..wahh hahaha

p/s : Setiap orang ada kisah masing masing , walapun jauh or maybe tak kenal langsung jangan ingat hidup kita tidak berkait .. Hahahaha

#adamatayangmemerhati



Yang Sibuk Jugak Nak Meriview
Atynaz










No comments:

Post a Comment