Darah Manis

My photo
Tapah, Perak, Malaysia
Food always come first #DaraManis
get this widget here

Saturday, July 5, 2014

Review novel "MARGASATWA"

Hello mello,kembali menulis dengan tajuk review novel Margasatwa! Untuk pengetahuan korang,novel ni adalah terbitan Buku Prima dan ditulis oleh  Saudara Saidee Nor Azam.Genre bagi novel ni adalah mistik dengan sub-blurb

"Kerana cinta,dia terus Hidup"!

p/s :Memula jumpa novel Kala Senja Dia Datang,lepastu tersangkut pula dengan Kubur Bernyawa and lastly baru jumpa Margasatwa ni!so,nenantilah buat review pasal KSDD and KB ni ya


 Rawrss gitchu !! Ahah

Sebenarnya,novel ni bercerita mengenai cinta yang tak kesampaian angkara hasad dengki sesama manusia dan kekhilafan manusia itu sendiri.Kita manusia hanya menilai luaran berbanding dalaman!yang buruk dicemuh hina,yang molek disanjung puji.!

Novel ni jugak ajar kita bahawasanya kita tidak boleh tamak dan angkuh kerana setiap benda atau perkara yang belaku hanya akan menjadi hanya dengan izin dan perkenan Allah S.W.T sahaja.Jangan ikut nafsu kalau tak iblis akan memainkan peranan dan menjadikan manusia sebagai kuda tunggannya!Nauzubbillah minta dijauhkan dari semua umat Islam!

Ok cukup takzirah yang aku dapat dan faham daripada novel Margasatwa ni..lalalalalala! meh sambung noh!haha

Novel ni jugak akan bawa pembaca menyelami keindahan berlatar belakangkan Hutan Tasik Kenyir di Terengganu!Namun siapa sangka di sebalik keindahan itu tersembunyi sesuatu mahkluk yang sangat dasyat bernama Margasatwa @ Margas yang menjadi kejam kerana cintanya tak kesampaian!Si Margas yang asalnya berwujud manusia bawah tu ada senarai watak-watak,agak-agak ler siapa sebenarnya Margas sebelum jadi mahkluk jadian ye..haha pada awal penceritaan ni akhirnya kalah pada hawa nafsu dan meminta bantuan iblis terlaknat demi menyampaikan cintanya!

Tetapi,pengorbanan Margas melalui bantuan iblis terlaknat itu menuntut sesuatu yang sangat kejam dan zalim sebagai syarat untuk Margas dan cinta hatinya bersatu.Apakah pengorbanan yang perlu dilakukan oleh Margas? Adakah pengorbannya berbaloi?Kenapa cintanya tidak kesampaian?Apa yang terjadi?Nak tahu apa terjadi,korang kenalah baca!

Antara watak dalam novel ni ialah Tamar,Tamrin,Melur dan Jaluk sebagai antagonis dan Ariga @ Namtar sebagai watak paling antagonis! dan beberapa watak sampingan lain dari kisah zaman silam.

Manakala di zaman moden pula kita akan berkenalan dengan Adi Putra,Shazzuana dan beberapa watak sampingan lain!

Dan apa berlaku bila yang sepatutnya mati tidak mati dan terus hidup? Kalau nak tahu lagi,Margasatwa ada perkaitan dengan Adi Putra tau!Perkaitan apa kena la baca!!

Pengajaran daripada novel ini ialah,kita tidak boleh bersikap tamak haloba dan hasad dengki!Jangan mudah berpaling dari jalan Allah dan setiasalah memohon kepada Allah agar dilindungi daripada hasutan Iblis!

So siapa sebenarnya Margasatwa ni? adakah dia makhluk Tersumpah atau Disumpah? Masihkah ada jiwa manusia di dalam hatinya? Nak tahu gi beli dan baca la haha..!

Review picisan
Atynaz

P/s Margasatwa ada ii tau , manatau mungkin ada iii .. Abang Saidee ooo Abang Saideee :P

No comments:

Post a Comment