Saturday, July 26, 2014

Ucapan Selamat Hari Raya 2014 From Me

Pagi-pagi makan bahulu
Kuih semperit tak lupa dicuba
Ramadan kini telah berlalu
Syawal pula berkunjung tiba 
 
Saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca blog ni,mana yang tersalah tulis,tersentap korang baca,tersalah info tu saya mintak maaf ya.Ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki saya pohon.

Mana yang termakan terminum tu halalkan la ye,kalau tak nak halalkan sila bagitau..senang saya nak membayarnya nanti..heheh,kalau buat open house jangan lupa jemput saya sekali tau,Selamat berhari raya di kampung buat yang ada kampung,berhati-hati dalam perjalanan,beringat kalau nak makan jangan sampai overdose..hehehe!!

Buat semua rakan dan taulan saya mintak maaf ya,saya tau saya ni bukannya sempurna mana.

Okla
 Selamat hari Raya 2014 Salah Silap Harap Dimaafi




Thursday, July 24, 2014

Khatam Quran and Motivasi By Abang Syahir

Makin fhemalas nak menulis :

Semalam ada khatam Quran secara berjemaah bagi semua pelajar Islam Smk Air Kuning !! Tahun lepas Ustajah pilih orang untuk khatam atas stage !! Tahun ni semua pengawas pulak yang terlibat untuk khatam atas stage..nak lagi best kena lead sorang satu surah start dari Ad-duha sampailah An-nas!!aku dapat surah Al-Qard #sengihsebab!!adalah!!

Lepastu,pagi tadi ada sikit Motivasi by Abang Syahir Isa!! Meh nak selit sikit biodata Abang Syahir ni..
Nama :Muhammad Syahir Bin Mohd Isa
Umur : 20
Status : Bujang
Jurusan diambil : Doktor perubatan
Tempat belajar : Belgaum India

Ekseli daripada semalam lagi si Naufalisa bagitahu,"esok pagi,angkat kerusi pegi 5sc ada motivasi sikit"..!!so,aku pun melenggang sawi betik oren eh epal jelah pagi tadi !! Sekalinya,hambek kau tertiba kena jadi pengerusi majlis tak rasmi!!ahh,keji je bunyinya kan!!

So memacam la Abang Syahir ni terangkan,dulu dia belajar kat mana,course matrik ada berapa,and macam-macam lagi la soalan timbul and Abang Syahir berjaya jawab!!Nak respek sikit,orangnya nampak cool je,cakap pun jenis lantang and tak tersekat-sekat...haha,dahla muka suci bersih je..sendu ok..mesti sejuk perut mak dia mengandungkan dia..dahla kacak..bakal doktor lagi!! untung la family abang Syahir ni..haha

Ok cukuplah melalut!!banyak kerja lagi

Thursday, July 17, 2014

Lupa ..!

Hello mello,hoih kemain berdebu sawang lagi blog ni!haha last update pasal entri "Margsatwa".Lepastu kemain fhemalas lipas nak menaip!ahahaahaha,busy bebeno gamaknya..#busylahsangat!!pfft..

Kembali ke tajuk utama kita pada hari ini *eceh hahaha* iaitu "lupa"..menurut kamus dewan : Lupa bermaksud kehilangan sesuatu memori yang telah disimpan samaada jangka pendek atau panjang :

#initipu #akutakkoser #nakcari #kamusdewan !! haha

Entah kenapa,berkenan bebeno aku nak menulis pasal lupa ni!!maklumla kan aku ni kekadang pelupa juga!tapi sebenarnya aku pun masih tak faham motif sebenarnya aku menulis ni..
#silapeningkepalabahahaha

Papepun,yang pasti aku nak lupakan kau dulu!pergilah jauh daripada aku..itu yang aku rasa!!kaupun dah lain..aku lupa siapa sebenarnya kau!!hahaha,pergilah pergi!thanks atas segala kenangan yang indah tu!aku tetap rindu kau walaupun aku dah malas nak cakap dengan kau..aku memang pentingkan diri..harap maklum..kau dah terlalu baik untuk aku...so,aku nak berundur je!!mekasih la ye

#motif? hahaha novel sangat ayat kau kan!! dah la,saja je nak merapu..tata

Saturday, July 5, 2014

Review novel "MARGASATWA"

Hello mello,kembali menulis dengan tajuk review novel Margasatwa! Untuk pengetahuan korang,novel ni adalah terbitan Buku Prima dan ditulis oleh  Saudara Saidee Nor Azam.Genre bagi novel ni adalah mistik dengan sub-blurb

"Kerana cinta,dia terus Hidup"!

p/s :Memula jumpa novel Kala Senja Dia Datang,lepastu tersangkut pula dengan Kubur Bernyawa and lastly baru jumpa Margasatwa ni!so,nenantilah buat review pasal KSDD and KB ni ya


 Rawrss gitchu !! Ahah

Sebenarnya,novel ni bercerita mengenai cinta yang tak kesampaian angkara hasad dengki sesama manusia dan kekhilafan manusia itu sendiri.Kita manusia hanya menilai luaran berbanding dalaman!yang buruk dicemuh hina,yang molek disanjung puji.!

Novel ni jugak ajar kita bahawasanya kita tidak boleh tamak dan angkuh kerana setiap benda atau perkara yang belaku hanya akan menjadi hanya dengan izin dan perkenan Allah S.W.T sahaja.Jangan ikut nafsu kalau tak iblis akan memainkan peranan dan menjadikan manusia sebagai kuda tunggannya!Nauzubbillah minta dijauhkan dari semua umat Islam!

Ok cukup takzirah yang aku dapat dan faham daripada novel Margasatwa ni..lalalalalala! meh sambung noh!haha

Novel ni jugak akan bawa pembaca menyelami keindahan berlatar belakangkan Hutan Tasik Kenyir di Terengganu!Namun siapa sangka di sebalik keindahan itu tersembunyi sesuatu mahkluk yang sangat dasyat bernama Margasatwa @ Margas yang menjadi kejam kerana cintanya tak kesampaian!Si Margas yang asalnya berwujud manusia bawah tu ada senarai watak-watak,agak-agak ler siapa sebenarnya Margas sebelum jadi mahkluk jadian ye..haha pada awal penceritaan ni akhirnya kalah pada hawa nafsu dan meminta bantuan iblis terlaknat demi menyampaikan cintanya!

Tetapi,pengorbanan Margas melalui bantuan iblis terlaknat itu menuntut sesuatu yang sangat kejam dan zalim sebagai syarat untuk Margas dan cinta hatinya bersatu.Apakah pengorbanan yang perlu dilakukan oleh Margas? Adakah pengorbannya berbaloi?Kenapa cintanya tidak kesampaian?Apa yang terjadi?Nak tahu apa terjadi,korang kenalah baca!

Antara watak dalam novel ni ialah Tamar,Tamrin,Melur dan Jaluk sebagai antagonis dan Ariga @ Namtar sebagai watak paling antagonis! dan beberapa watak sampingan lain dari kisah zaman silam.

Manakala di zaman moden pula kita akan berkenalan dengan Adi Putra,Shazzuana dan beberapa watak sampingan lain!

Dan apa berlaku bila yang sepatutnya mati tidak mati dan terus hidup? Kalau nak tahu lagi,Margasatwa ada perkaitan dengan Adi Putra tau!Perkaitan apa kena la baca!!

Pengajaran daripada novel ini ialah,kita tidak boleh bersikap tamak haloba dan hasad dengki!Jangan mudah berpaling dari jalan Allah dan setiasalah memohon kepada Allah agar dilindungi daripada hasutan Iblis!

So siapa sebenarnya Margasatwa ni? adakah dia makhluk Tersumpah atau Disumpah? Masihkah ada jiwa manusia di dalam hatinya? Nak tahu gi beli dan baca la haha..!

Review picisan
Atynaz

P/s Margasatwa ada ii tau , manatau mungkin ada iii .. Abang Saidee ooo Abang Saideee :P