Saturday, June 14, 2014

Ceritera : Rela atau Roadblock ? = Longkang hehe!

#penafian :
Segala yang diceritakan di dalam ceritera ini merupaka sesuatu yang benar benar terjadi.Kepada tuan punya cerita,anda jangan risau.Nama anda dirahsiakan!Akhir kalam,yang buruk buat iktibar yang baik buat ikutan

Bismillah :)

Disuatu tengah hari yang panas mencucuk bagai nak mati, empat orang sahabat sedang melepak sementara menanti jam 12 untuk ke kenduri di rumah kawan mereka yang seorang lagi!Empat orang ini terdiri daripada Sem,Ta,Am dan Man.Makanya melepaklah mereka sambil berbual-bual.Sekalinya,jam sudah 12.15,marilah kita berangkat takut terlewat haha!!So,mereka semua pergi menaiki dua buah motosikal.

Di pertengahan jalan Sem dan Ta memotong Man dan Am.Setelah agak jauh,Ta menoleh dan mendapati Man membelokkan motosikalnya ke sebuah simpang.Ta menjadi hairan lantas menghentikan sesi menyanyi lagu Let it go sambil menari makyung atas motosikal dan menjemah bertanya kepada Sem apakah tujuan Man dan Am membelok masuk ke simpang itu

Buat kesekian kali Ta menoleh dan mendapati motosikal Man dan Am hilang dari pandangan mata sambil mengomel mengenai gaya pemanduan Man yang melampau laju.Sambil membebel,Ta ternampak asap seakan-akan pasir dan jeritan "ada motor jatuh dalam longkang"...Apa,sepantas kilat petir ribut taufan.Sem dan Ta berpatah balik.Nah,elok tersadai Man dan Am dalam longkang.Paling menggelikan hati,motosikal Man elok terperosok ke dalam longkang dan Man dan Am terbang melepasi paip air dan berjaya mendarat dengan selamat di atas rumput kering walaupun tetap dalam longkang.

Mujurlah Man dan Am selamat walaupun terpaksa menukar tayar motosikal.Ta yang gila kepoh bertanyakan kepada Man,apakah keperluan membelok sebegitu rupa.Rupanya,Man ingatkan Rela dan cone polis penajaga parking tempat orang kahwin itu sebagai roadblock dan Man hanyalah pemegang lesen L agung sahaja makanya Man sangat cuak dan agak takut sekali.Ta hanya mampu menggeleng kepala sambil berkata "kalau ya pun ada roadblock berhenti la tepi dulu..ini baik punya parking dalam longkang"sambil sambung membebel dan ketawa

Pengajaran bagi ceritera ini adalah,sentiasa bersikap tenang dan jangan gopoh.eceh haha
Serius bila aku dapat ceritera ni,ngekek aku ketawa..haha..oklah,penat..tata

#MSAR

No comments:

Post a Comment