Thursday, May 8, 2014

Teaser Hari Guru 160514

Assalamualaikum  buat semua guru :D,walaupun Hari Cikgu tu lambat lagi tapi tak salahkan buat teaser dulu :P ..Terima kasih sebab sudi menjadi seorang pendidik dan sudi mendidik anak watan.Tanpa seorang guru,siapalah kami di mata dunia..Opss,hehe makanya terimalah teaser berbentuk doa+ucapan daripada saya sempena Hari Cikgu 160514 nanti ini. #ting heheh..

SAYANG CIKGU ;)

Ya Allah,

Dia seorang insan mulia,
Punyai sifat kasih dan setia,
Tatkala kami dijebak kegelapan
Dia menuntun ke arah kebenaran

Rela berkorban masa sendiri,
Demi mencurah ilmunya buat kami,
Terus memberi dan memberi
Baktinya luhur tidak terperi

Itulah dia insan bernama guru
Atau mesra disapa cikgu
Menasihat kami setiap ketika
Agar jangan selalu terleka

Ya Rahman,Ya Rahim,

Engkau limpahkan dia dengan rahmatmu
Serikan wajahnya dengan cahayamu
Pinjamkan dia kekuatanmu
Kayakan hatinya dengan sifatmu

Terima kasih wahai guruku cikguku
Akan kukenang budi ajarmu

Nukilan : Arsha5789


No comments:

Post a Comment