Wednesday, May 21, 2014

Berani yang Skema #deng

Hidup mesti berani,
Tapi kalau terlebih berani pun tak bagus
J

Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia,hehe saya disini ingin bercerita mengenai pengalaman paling berani saya dulu dulu.Masa saya kecil-kecil dulu saya memang berani tambah sengal sikit

Ceritanya bermula begini,sewaktu itu  saya berumur 4-5 tahun barangkali.Saya telah mengikuti rombongan meminang bakal ibu saudara saya nun jauh di Muar,Johor.
Selepas melalui perjalanan yang jauh dan memenatkan dari Perak nun sampai ke Johor.Kami berhenti di sebuah rumah rehat di tepi sungai.Kemudian kami daftar masuk.Sekali diberinya  2 buah bilik yang palin ceruk bernama Bilik Mayang Mengurai dan Puteri Gunung Ledang.Sudahlah keadaan begitu menyeramkan ditambah pula dengan suasana bilik yang agak usang.Kami pun berhajat menukar bilik yang lebih elok dan sesuai.Tiba-tiba(jeng-jeng) muncul 2 ekor monyet yang sengal.Monyet itu bertindak merampas keropok dan seluar pendek saya(masa tu baru nak main selam-selam dalam tab mandi tapi kena tukar bilik terpaksa tukar seluar kering).Saya dengan beraninya ketuk kepala monyet tu dengan sebatang kayu.Tapi tetap monyet-monyet itu tak nak mengalah dan terus melarikan diri.

Setelah mengalami pengalaman sengal itu,saya pun tidurlah dengan nyenyaknya.Sehinggalah sampai masanya kami menuju ke rumah bakal ibu saudara saya.Rumah beliau ni berdepan dengan parit.Ditanam pula pokok-pokok buluh.Saya ni memang berani gila,kononya ada sedikit ruang untuk saya mencelah diantara buluh dan parit itu untuk ke sebelah kanan(saja nak tunjuk berani dan kononnya saya ni kurus gila sampai boleh muat antara buluh dan parit tu.Sekalinya,Tuhan Maha Kaya.Jatuhlah saya ke dalam parit yang tidaklah dalam tetapi mampu membuatkan saya kehilangan selipar.Habis basah saya mandi lumpur.

Sebenarnya saya nak coretkan banyak perkara lagi tetapi waktu sangat mencemburui saya :D



No comments:

Post a Comment