Sunday, February 16, 2014

Seloka 5 Pa 2014 :P



Belajar Mengenal 5 Pa 2014
Seloka  5 PrinsiP AkauN
Last entry sebelum get lost to Asrama..muahahah mcm kau ramai readers je..ah #libasrambut..
hahaha



Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada warga pembaca semua,
Bukan mengumpat bukan mengata,
Hanya sekadar berpantun seloka,

Kelas  5 PA paling  terkemuka,
Pelbagai ragam ada belaka,
7 putera nakal semuanya,
18 puteri comel belakanya,

Mama kami baik tak terkira,
Cik Hee Mun Huan itulah namanya,
Orangnya sporting lagi disenangi
Menjadi guru kelas kami tercinta,

Syafiq kita menjadi ketua,
Maisarah pula penolong setia,
Dua-dua suka tak suka bising,
Pegang amanah tak sekali dilupa,


AIn pulak bendahari kita,
Pasal wang dia yang pertama,
Asal tak kena siaplah hangpa,

Jejaka pilihan saya perkenalkan,
Alif dan Rozalie empunya badan,
Dua-dua senang berkawan,
Nak kata “Hensem”bolehlah tahan,


Tiga putera 1 puteri
Elok menyarung busana biru
Ada Amir,Naufal dan juga Ridzuan
Tak lupa juga cik kak Anis
Semuanya pengawas di Lima 5 Pa

Jika tiada sunyilah kami,
Jika ada habislah kami,
Itulah Firdaus nama diberi,
Semua perkara  jadi mainan,

Ada Amam,Puteri,Naziera juga Izzati,
4 pelajar sehati sejiwa,
 Kalau mereka kata setuju,
hai habislah kami tak bergerak,


Mai perkenal cik Kak Ku Noor,
Salah sorang Kak Long asrama
hai jangan cuba-cuba usha line 5 PA,

Shahira dan Jas orangnya senyap,
Jaga-jaga ada udang di balik mi,
Khafi pulak duduk ditepi,
Kalau berfikir susah ditebak,


Jia,Eja,Ekyn tiga serangkai
Ini geng budak-budak luar
Hai janganlah cuba cari pasal,
Nanti cair tahi telinga,


Dalita,Marwia juga Julia,
Kami kenal gitu-gitu saja,
Ain husna nama diberi,
Cukup pendiam namun ada harinya,

No comments:

Post a Comment