Monday, December 30, 2013

Kisah Mak Leha dan Mak Mal

Kenapa hubungan mereka menjadi sepekat teh tarik Mak cik Sharepah Kantin yang digabungkan bersama buih buih teh tarik Mamak Kassim itu.Inilah hikyat yang diceritakan sendiri oleh Mak Leha kepada saya.

#nota_kaki
Mak Leha:Nurul Saleha Mak Mal:Malisa Nek Mun:Puan Maimun

Alkisahnya,sewaktu dahulu hubungan Mak Leha dan Mak Mal tersangatlah rapat,mereka berkongsi suka dan duka bersama.Walaupun Mak Mal lebih kaya daripada Mak Leha,Mak Mal tidak pernah menyombong diri.Sehinggalah terjadi suatu peristiwa yang kurang sedih tapi memilukan dan ada sedikit sayu barangkali

Mak Leha mempunyai banyak koleksi novel Ain Maisarahani.Walaupunya Nek Mun yang pentingkan kesempurnaan itu tidak begitu menyokong hobi Mak Leha,dia sentiasa tekun meminati idolanya itu.

Antara novel yang paling disayangi Mak Leha adalah Projek Cup Kek Ajari Fastla dan Ain Maisarahani.Mak Leha sangat menyayangi kesemua koleksi bukunya.Oh,ibarat sepeti menjaga nyawa sendiri.

Suatu petang yang suram,Mak Mal sengaja bertandang ke rumah Mak Leha.Mak Mak ingin bergosip mengenai perkembangan terbaru para penulis BlinKurs dengan Mak Leha.Sewaktu Mak Leha ke tandas,Mak Mal terpandang kearah novel Aku Mahu Cup Kek Ajari Fastla.Bagiakan didorong oleh magnet,Mak Mal pantas memasukkan buku AMCKAF itu ke dalam tas tangan Vuccinya.

Setelah kepulangan Mak Mal,Mak Leha menyedari bahwa novel kesayangannnya telah hilang.Bagaikan orang histeria dia meraung.Mujurlah renungan bengis Nek Mun dan cubitan sepadu emas 916 berjaya menghentikan raungan Mak Leha.

Mak Leha dengan hati yang berat,seberat batu bata yang digunakan abang tukang di rumah depan,menuduh Mak Mal.Mak Mal yang dengan jayanya memandikan novel itu dengan air longkang,tidak mahu mengaku bersalah.Dek kerana ego yang tinggi yang muncul entah dari lubuk yang paling dalam disamping tidak mahu dituduh sebagai perosak.

Semenjak itu hubungan Mak Leha dan Mak Mal menjadi keruh,sekeruh air Sungai Klang yangyang kurang sedikit keruh daripada teh tarik Mak Cik Syaripah kantin.

Demi mengubati duka laranya,Mak Leha beralih kepada novel baru AkuMahu Red Velevet oleh Aja Fazla dan Ain Maisarah..
#The end...!!

No comments:

Post a Comment