Sunday, December 29, 2013

AMAI haha

Amir Taufiq Fuhh fuhh hehe: Aku Mahu Gelang Itu (Dari Kembar Jadi Seteru)

#notakaki Cik Leha:Nurul Saleha Cik Lisa:Malisa


Kisahnya perseteruan antara Cik Leha dan Cik Lisa yang sudah seperti kembar ini bermula apabila,Mak Tok menghadiahkan Cik Leha seutas gelang pusaka.Gelang emas bertatahkan delima merah itu sememangnya menjadi idaman Cik Lisa semenjak Cik Lisa melihat Mak Tok memakainya semasa kenduri House Warming Cik Senah Kepohchi.

Semenjak itu,Cik Lisa mula menjauhkan diri daripada Cik Leha.Cik Lisa sakit hati apabila Mak Tok lebih menyayangi Cik Leha.

Suatu hari,Cik Lisa dengan liciknya memecahkan pasu bunga dari Londong milik Puan Maimun dalam usahanya mensabotaj Cik Leha.Usahanya berjaya,Cik Leha dipertanggungjawabkan 100% diatas kesalahan Cik Lisa.Tambah mengharukan,Cik Lisa berjaya menawan hati Puan Maimun dengan pasu tiruan daripada Jalan Petaling.

Semenjak kejadian itu,Puan Maimun sering membandingakan Cik Leha dengan Cik Lisa.Kejadian pasu pecah itu membawa luka yang mendalam kepada Puan Maimun,ibarat jantungnya diketuk dengan lesung batu.Oh tragisnya.

Walaupun Cik Leha sangat menyayangi sepupunya itu,namun tindakan Cik Lisa membuatkan Cik Leha berjauh hati.Selepas kejadian pasu pecah itu mereka tidak lagi bertemu apabila Tuan Ridzuan diarahkan berpindah.

Kesimpulannya,Cik Leha berpindah dengan membawa hati yang berduka angkara Cik Lisa dan Puan Maimun.Manakala Cik Lisa pula masih menyimpan dendam kesumat. terhadap Cik Leha

#Tirai dilabuhkan dan pencahayaan panggung dimalapkan 

Namun,mereka akhirnya bertemu dalam Projek Cupcke Ain Maisarah..Oh Apakah yang akan berlaku?Konflik apa yang bakal muncul kali ini?

Cepat pergi kedai dan beli noven PCAM ini,saya malas nak taip hehe

No comments:

Post a Comment