Thursday, November 21, 2013

lepaking 310813

Ini Kisah Kami Bertiga
Ada Miss J Asha dan Mrs Nunoi
Sahabat merdeka riang gembira
Moga tuhan berkati selalu

Bismillahhirahmannirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang

 Cerita dimulakan di tengah hari Jumaat 30 Ogos 2013  yang hening sewaktu Cikgu Matematik Tambahan keluar sebentar kerana menyelesaikan sedikit urusan.Aku lantas menyatakan  kepada teman ku Miss J dan Mrs.Nunoi alangkah seronoknya jika kita dapat keluar bersama-sama.Tanpa kusangkan Miss J begitu bersemangat sekali untuk keluar,ini disokong oleh Mrs.Nunoi.Kami kemudian merancang untuk ke Kampar.

Aku hanya mampu berharap semuanya berjalan lancar esok(Sabtu).Setelah beberapa kali memastikan Miss J dan Mrs.Nunoi benar-benar mendapat keizinan untuk keluar aku  sedikit lega.Kebetulan  pula keluargaku  merancang hendak ke Rawang.Hatiku mulai berbelah bahagi,namun kugagahkan diri untuk berjumpa teman-temanku esok

Memandangkan laluan bas dari rumah Mrs Nunoi dan rumahku sehala,kami merancang untuk menaiki bas bersama-sama.Tetapi berlaku perubahan disaat akhir apabila Mrs Nunoi menyatakan dia akan menaiki kereta bersama Miss J.Aku mulai tidak keruan.Namun mujurlah ayahku sudi menghantarku ke Kampar sebelum bertolak ke Rawang.


Cerita kami dimulakan dengan menonton wayang.Aku pada asalnya mahu mengulang tonton filem The Conjuring  dan dipersetujui oleh Miss J dan Mrs Nunoi tetapi ianya sudah tidak lagi ditayangkan.Akhirnya kami bersepakat untuk menonton cerita Pawn Shop.Asalnya kami bertiga menyangkakan ianya sebuah filem Inggeris,namun tekaan kami tidak bertepatan kerana Pawn Shop merupakan cerita seram Thailand yang mengarut.Walaupun ceritanya agak mengarut dan tidak memuaskan hati,aku terpaksa menyorok di sebalik beg milik Mrs.Nunoi.Kemudian baru aku teringat bahawa aku tinggal berseorangan di rumah.Mendengar itu,Mrs.Nunoi ketawa dengan kuat.

Kami kemudian merancang untuk ke KFC,Mrs Nunoi kemudiannya terus mencadangkan kepada aku untuk ke KFC di Tesco.Aku bersetuju.Kami kemudian mengambil teksi dengan berkongsi tambang  bernilai Rm 6 .Ketika berada di dalam perut teksi Mrs Nunoi dan Miss J sempat bergambar menggunakan telefon bimbitku .Pemandu teksi itu sempat berbual denganku dengan menyatakan bahawa petang nanti hari akan hujan.Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.

Setibanya kami bertiga di Tesco Bandar Baru Kampar.Miss J dan Mrs Nunoi terus ke tandas sementara aku mengerjakan solat Zuhur.Kemudian kami bertiga terus menuju ke pusat karoke.Kebetulan di hadapan pusat karoke Tesco itu,ada kiosk menjual keropok lekor.Mrs Nunoi dengan muka tidak malunya meminta seringgit daripada aku dan berlalu menuju ke kiosk keropok lekor itu.Aku dalam hati sudah ketawa,mana mungkin keropok lekor itu berharga seringgit kerana ini bukan pasar malam tetapi pasar raya Tesco.Akhirnya Mrs Nunoi terpaksa menambah seringgit lagi dan aku hanya mampu ketawa.


Kemudian. kami berkaroke,mengubah lirik lagu dan menjerit melepaskan tekanan.Selesai berkaroke,kami menuju ke KFC.Di dalam KFC,kami bergambar bagaikan tiada orang lain di situ.Setelah membuang masa bergambar di KFC hampir 1 jam kami belari mengejar bas.Namun,kami terlepas bas 3.30 petang.Sementara menanti bas lain tiba.Kami teruskan aktiviti bergambar di pondok bas sehinggakan pemandu yang berhenti di lampu isyarat menoleh ke arah kami.Setelah menaiki bas,kami bertiga masih meneruskan aktiviti bergambar.

Sebaik sahaja kami tiba di stesen bas Kampar,kami singgah di sebuah kedai menjual cenderahati.Diatas pujukan Miss J,aku telah membeli tiga gelang Persahabatan.Kami berjanji untuk memakainya selalu.Kemudian kami terus menuju ke Kafe Siber.Setelah hampir satu jam di kafe siber.Kami berangkat pulang.

Kebetulan,bas yang sepatutnya dinaiki Miss J sudah tersedia.Dia menaiki bas dan melambai-lambai kami.Oh,terasa seperti menghantar anak pergi keluar negara di saat bas itu bergerak dan Miss J masih melambai-lambai.Setelah bas Miss J hilang dari pandangan,tinggalah aku dan Mrs Nunoi menanti bas ke Tapah.

Hujan mulai turun,Mrs Nunoi mulai risau.Aku hanya bertenang kerana bas terakhir bertolak dari Kampar adalah dalam pukul 7.30 malam sedangkan jam baru 6.15 petang.Hampir 15 minit menunggu,bas yang dinanti tiba jua.Memandangkan hari masih hujan,Mrs Nunoi mencadangkan kami agar berlari-lari seperti adegan Hindustan di saat hujan turun menuju ke stesen bas.Aku menyangkal dengan mengatakan “tebiat kau nak lari tengah-tengah jalan besar..dah lama hidup.”.Kemudiannya aku yang berlari kerana hujan makin menggila.

Kami bertiga akhirnya selamat tiba di rumah masing-masing.Sesungguhnya,kenangan  persahabatan yang terukir pada tanggal Sabtu 31 Ogos 2013 sukar dilupakan.Semoga persahabatan kami terus  kekal hingga ke jannah.Amin ya Rabb Amin

No comments:

Post a Comment